Wednesday, April 18, 2007

Timbang tarak'

Berpusing antara hitam dan putih.
Bayangkan sahaja anda menempati ruang-ruang tertutup yang memaksa untuk sentiasa berpusing.
Manusia bisa pening. Muntah belahak, apatah lagi kalau kosong kantung-kantung laparnya. Itu cerita tentang keseimbangan. Seimbang antara hitam dan putih. Tetapi mampukah manusia seimbang walaupun berpusing di dalam lingkungan yang sifatnya seimbang. Kepala goyang. Dada mula kencang dan... sudahnya manusia itu tetap tidak seimbang. Jika di Bali, antara hitam dan putih perlu ada kelabu. Itu kunci untuk seimbang. Jika di jadikan tuhan setiap benda itu berpasang-pasang. Ada kuncinya untuk seimbang agar tidak menyimpang.

Tanpawang

Sehari tanpa wang..
Seminggu tanpa wang...
Sebulan tanpa wang...
Setahun tanpa wang....
Seumur hidup tanpa wang....

Hidup tanpa wang...
Berani?